AVOCADO POPEYE

Avocado popeye sinonim dengan buah yang berlemak enak dimakan. Samada dimakan santai mahupun sebagai pencuci mulut. Resepi yang begitu singkat tetapi popular dengan sedikit rasa manis ataupun susu. Enak.
Jus avocado menjadi pilihan popular kerana avocado merupakan buah bermusim. Untuk menikmatinya menunggu lama buat penggemarnya. Disamping menikmati dan perolehan khasiat semulajadi untuk kehalusan kulit dan perawatan awet muda. Buat masyarakat di Sabah, avocado lebih dikenali dengan nama MENTEGA. Terdapat juga panggilan seperti buah lemak dan alpukat buat bahasa Jawa.

Di sabah harga avocado masih stabil bergantung jenis dan saiz. Harga borong dari RM4 hingga RM8. Harga banjir buah iaitu RM4 sekilo. Sedangkan harga runcit dari RM8 hingga RM30. Harga dipengaruhi oleh bekalan di pasaran.

Penemuan satu baka baru avocado kini dikenali AVOCADO POPEYE. Avocado yang berbunga dan berbuah setiap hari. Bunga tidak pernah putus. Dari setiap dahan dan setiap pucuk.


Ini bermakna Avocado Popeye memecah tradisi buah bermusim. Mungkin kewujudan baka baru ini mempengaruhi harga pasaran dikemudian hari. Namun peluang perniagaan buat pengusaha ladang. Mampu meraih hasil setiap minggu. 52 minggu setahun.
Avocado Popeye berbuah seawal 2 tahun. Pokok dalam ketinggian 10 kaki dan jejari 80mm. Bergantung penjagaan,cuaca dan ketinggian paras laut.
Avocado ditanam dalam jarak 6'x6' dan seekar boleh tanam 138 pokok. Tahap pengeluaran purata dalam 5kg sepokok setiap minggu. 

5kg×138pokok×RM4=RM2760 sebulan


Nak tanam berapa ekar agaknya.
Untuk mengelak pokok berlebihan buah, proses pembajaan perlu diatur dan dikawalselia dengan baik. Buah pertama deberi tumpuan saiz pembesaran sedangkan bunga menyusul digugurkan dengan teknik pembajaan. Pembajaan menggunakan baja cecair disembur ke atas bunga baru mengakibatkan keguguran bunga.
Oleh itu penekanan tumpuan teknik pembajaan dan pemangkasan.
Pemangkasan kepada pucuk baru dan pemangkasan keseimbangan pokok. Mengurangkan pucuk serta dahan bagi mengurangkan lebihan buah dan dayatampung pokok terhadap buah.
Saiz buah dari 250gram sehingga 700gram sebiji.

Sekian perkongsian dan sebarang pandangan/cadangan dialu-alukan.

Lokasi Tambunan Sabah

Ulasan